BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 21, 2009

Kelebihan Solat Sunat Terawih

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih

Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi (s.a.w) tentang Fadhilat (kelebihan) Sembahyang Sunat Terawih pada bulan Ramadan.

Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang Terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).

Malam 3 : Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang Terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 : Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat , Injil, Zabur dan Al-Quran

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70,000 malaikat sekali tawaf) serta setiap batu-batu dan tanah- tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 : Seolah-seolah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi (a.s) menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang Terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim (a.s).

Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad (s.a.w).

Malam 10 : Allah (s.w.t) mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan

Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)

Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 : Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang Terawih serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat

Malam 15 : Semua malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 : Allah (s.w.t) tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan kedalam syurga.

Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 : Seru malaikat : Hai ! Hamba Allah. Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 : Allah (s.w.t) tinggikan darjatnya didalam syurga Firdaus

Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang yang solihin

Malam 21 : Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada nur .

Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 : Allah (s.w.t) binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur

Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika sujud).

Malam 25 : Allah Ta'ala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 : Allah (s.w.t) kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.

Malam 29 : Allah (s.w.t) kurniakan kepadanya pahala seribu kali Haji Mabrur

Malam 30 : Allah (s.w.t) beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa

0 ulasan: